Blogger Widgets

Sunday, 6 January 2013

Logo,Moto dan Nama ahli kumpulan





Nama Ahli kumpulan 2 :  1) Sahira a/p Lim Laun How 
                      2) Frederic Singan
                         3) Linda Eu Hai Lun 



Nama : Sahira a/p Lim Laun How (ketua kumpulan)
Sukan Yang Digemari : Bola Jaring
Sebab Mengemari : Saya amat menggemari permainan bola jaring kerana cara permainannya yang sistematik  apabila setiap permain yang memainkan peranan masing-masing di dalam gelanggang. Cara pergerakan dan peraturan permainan membuatkan saya lebih berdisplin semasa bermain. Selain itu, kerjasama yang diperlukan dan ditunjukkan semasa bermain permainan bola jaring membuatkan saya berasa senang dan bersemangat ketika bermain kerana bagi pendapat saya, pada masa itulah saya dapat melatih diri saya untuk memupuk semangat kerjasama dalam kumpulan supaya saya dapat mempratikkannya walaupun di luar gelanggang permainan.   

Nama : Frederic Singan
Sukan Kegemaran : Badminton 
Sebab mengemari : Sejak kecil lagi saya telah didedahkan dengan permainan ini. Ini menyebabkan saya tahu cara permainan badminton ini dan lama-kelamaan saya menggemari permainan ini. Selain itu, saya juga gemar permainan ini kerana boleh dijadikan satu cara untuk mengekalkan kecergasan fizikal. Di samping itu saya juga boleh mengeratkan lagi hubungan persahabatan dengan kawan-kawan.

Nama : Linda Eu Hai Lun
Sukan Kegemaran : Berbasikal
Sebab menggemari : Berbasikal amat bermakna kepada saya. Hal ini demikian kerana saya sebenarnya seorang yang kekurangan keyakinan terhadap diri sendiri. Adik saya yang empat tahun lebih muda daripada saya sudah mula berbasikal pada masa itu sedangkan saya masih berasa takut untuk berbasikal. Ibulah yang mengajar saya berbasikal. Saya amat berterima kasih kepada ibu saya atas kesanggupan untuk memberi ajaran kepada saya dengan sabarnya. Berbasikal telah menjadikan saya lebih berani dan berkeyakinan pada diri sendiri. Di samping itu, saya juga dapat menghayati keindahan ciptaan Tuhan. Dengan ini, saya dapat menenangkan fikiran saya apabila saya menghadapi masalah terutamanya masalah dalam pembelajaran. Berbasikal juga dapat memperbaikkan keseimbangan diri saya.


Refleksi :
          Selamat sejahterah dan salam satu Malaysia kami ucapkan kepada pensyarah kami iaitu Puan Mimma Sayuti binti Khalid dan Puan Safinah binti Mohamad kerana telah sudi berkongsi ilmu serta tunjuk ajar yang diberikan sepanjang pelaksanaan tugas didalam kelas. Apa yang kami rasakan semasa melakukan tugas pertama permulaan semester ini adalah berkait rapat dengan  keperluan kita sendiri.Contohnya dalam kehidupan kita sebagai seorang manusia ataupun insan yang hidup di alam serba aktif ini perlu ada pengenalan diri,motif , serta pencapaian apa yang ingin kita capai dalam kehidupan. Begitu juga apa yang telah pensyarah kami cuba sampaikan melalui pembelajaran kami, iaitu membentuk sebuah kumpulan yang mempunyai nama, logo dan motto dalam kumpulan bagi mempamerkan pengenalan diri kumpulan kami sebagai tanda ataupun mercu untuk kami mencapai apa yang kami mahu dan perlukan.